Pages

bismillah


Extended Network Banners

Sabtu, 12 Januari 2013

Ujian Tanda Cinta Ilahi...


Ujian Tanda Cinta Ilahi...


Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]







teringat diriku sendiri tatkala kesakitan menimpa diriku.. ujian demi ujian menimpa tubuh hambamu yang lemah ini.. selama dua tahun, Allah menguji diriku sehinggakan sampai satu saat aku rasa teramat lemah dan hampir berputus asa.. namun, ku kuatkan jua diriku ini.. langkah demi langkahku daki dan kekuatan itu timbul apabila merenung dan memahami satu ayat ni..





Sesungguhnya Dialah yang mencipta perasaan cinta dan rindu itu. Semoga Dia yang sangat kita cintai dan kita rindui akan tetap terpahat kukuh dalam jiwa dan sanubari kita.. Ya Allah, betapa halus dan lembutnya caraMu menunjukkan kerinduanMu pada hambamu yg hina dan lemah ni.. Alhamdulillah, sebenarnya Allah masih sayang pada diriku tidak lain tidak bukan dengan cara mengujiku.. Aku redha dan bersyukur atas segala ketentuanMu..

Ya Allah, tatkala mata ini membaca dan menilai semula, betapa banyaknya hikmah disebalik kesakitanku ini.. Sakit yg diberikan kepada kita semua sebenarnya, bukanlah untuk sia-sia tp, banyak yg mahu ditunjukkan dan diselitkan sebenarnya...

Dalam sebuah buku yang berjudul Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat dan dikutip dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi, beliau menulis lima hikmah sakit yang dialami manusia


  • sakit adalah ruang untuk manusia berehat. Ketika sakit, memang kita tidak dapat berbuat apa-apa. Terlantar sahaja. Namun hikmahnya, organ-organ yang membantu kita berkerja selama ini cuba untuk mendapatkan rehat yang cukup.Umpama enjin yang terlalu lama hidup akan jadi panas. Ia perlu diberhentikan sekejap untuk sejuk dan kemudian dihidupkan kembali. Biarkan badan dan emosi kita haknya, iaitu rehat yang cukup.


  • sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang mengalami sakit parah, dia akan menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan.Biar apapun, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dia bisa kembali pulih seperti biasa, menjalani kehidupan normalnya.


  • sakit merupakan teguran dari Allah s.w.t. Barangkali kita alpa dengan sesuatu dan asyik dengan sesuatu sehinggakan terabai dalam menjaga hubungan kita dengan Dia. Ketika sihat, seolah-olah tidak beringat dengan kesakitan. Ketika kaya, seolah-olah lupa pada yang kurang upaya. Ketika terlalu seronok, tidak endah pada kesengsaraan orang lain. Ketika berkuasa, seolah-olah dialah yang paling gagah perkasa. Manusia mudah lupa!Ingatlah lima perkara sebelum lima perkara.Kita diuji dengan apa yang kita cakapkan dan kita diuji dengan apa yang kita lakukan.


  • sakit memberikan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Ruang ini selalu menjadikan manusia berfikir kembali dan bermuhasabah dengan tindak-tanduknya sendiri. Jarang sekali kita dapat bermuhasabah tatkala hati dilonjak gembira.



Dalam hadis ada diterangkan,

“Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan kekusutan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya.
(HR. Muttafaq Alaih).


Alangkah Besarnya dan Mulianya Allah s.w.t. yang menjadikan begitu banyak hikmah sakit daripada hanya satu sakit. Akan tetapi jarang sekali kita fikir-fikir dan renungkan.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak tahu… :)

Pernikahan: Ketenangan Itu Perlu Dicipta

Pernikahan: Ketenangan Itu Perlu Dicipta


Add caption


"Sejak dah ada suami ni, hati rasa tenang, rasa tertutup terpelihara. Kalau keluar ke majlis atau program yang ada lelaki, tiada lah "kuch kuch hota hai "kalau tak, nampak je lelaki baik ke, hensem ke, mesti 'ter'suka..." luah isteri A.

Isteri B membalas,"Memanglah hati awak tertutup pada lelaki lain, sebab awak dapat suami yang baik. Tapi saya, perangai suami saya tu buatkan saya masih memandang mencari mengharap lelaki lain. Saya tau tak patut, tapi itulah hakikat yang saya rasa.."

Nah, inilah antara senario yang ada berlaku di kalangan para isteri, walau bukan semua. Isteri meluah perasaan suka duka, bahagia derita alam rumahtangga..

'Bernikahlah..sesungguhnya bernikah itu menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan..' begitu pesan Rasul.

Namun adakah sebaik sahaja lafaz nikah menjadi sah, ketenangan dan kebahagiaan akan turun dari langit menaungi kita suami isteri...?

Adakah dengan lafaz nikah semata kita akan mampu memelihara pandangan dan kehormatan diri?

Tidak sama sekali. Kebahagiaan itu perlu diusaha. Ketenangan itu perlu dicipta. Kegembiraan tidak datang begitu sahaja. Pernikahan itu mampu MEMBANTU menundukkan pandangan bila suami isteri berusaha menampilkan akhlak yang baik kepada pasangan. Namun, berkahwin atau tidak, selagi hidup - mujahadah tetap sentiasa perlu untuk menjaga pandangan dan kehormatan.

Pernikahan sesungguhnya adalah ruang istimewa yang Allah bagi untuk kita mencanai cinta mengadun kemesraan. Pernikahan adalah wadah bermakna yang Allah sediakan untuk hati-hati merasa kasih sayang terindah sesama insan. Maka Allah mengajarkan kepada kita melalui Rasul Saw bagaimana seharusnya pernikahan yang sakinah (penuh ketenangan) itu terbangun.

semoga apa yg dirancang dalam kehidupan, diredhaiNya.. amin :)