Pages

bismillah


Extended Network Banners

Jumaat, 8 Februari 2013

Kesembuhan Itu Hanyalah Milik Allah..


Kesembuhan Itu Milik Allah Jua...



Sesungguhnya kesembuhan itu milik Allah. Kata-kata yang telah dijadikan perangsang bagi memotivasikan diri sendiri dan insan lain yang sedang sakit dalam menghadapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Begitulah antara ujian kecil berupa penyakit yang dihidapi oleh kebanyakan insan yang telah dipilih oleh Allah sebagai bukti kasih sayang-Nya, kafarah dosa dari-Nya, dan peningkatan darjat hambaNya.

Sesungguhnya penyakit yang diturunkan oleh Allah ini banyak menguji ketahanan fizikal dan mental, kerana tempoh  tersebut merupakan titik tolak ke arah kesedaran bahawa kematian akan mengejar kita bila-bila masa sama ada bersedia atau tidak.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." [al-Nisaa' 4:78]


teringat pada diri ini tatkala Allah mengujiku..ujian demi ujian menimpa hambaMu yang lemah dalam masa yang agak lama sehingga bertahun-tahun sampaikan pada satu masa, hambaMu ini hampir berputus asa

Tiada ulasan: